Kafr Syuba, Lebanon , Jumaat , 01/07/2005 – TV Hizbullah menunjukkan bahawa seorang tentera Zionis-Israel terbunuh dan 5 yang lain cedera dalam satu pertempuran antara pejuang Hizbullah dan pasukan tentera Zionis-Israel di kawasan pertanian yang dikuasai Israel.
Hizbullah menyerang pos-pos tentera Zionis-Israel di wilayah tersebut dengan roket. Zionis-Israel turut membalas serangan itu. Tentera Zionis-Israel turut menggunakan pesawat pejuang bagi menyerang Hizbullah. Hizbullah menegaskan bahawa para pejuangnya menyerang 3 pos tentera Zionis-Israel di wilayah tersebut kerana kenderaan milik tentera Zionis-Israel telah berusaha melalui batas sempadan zon selamat yang di tetapkan oleh PBB.