Categories
Berita Semasa

Zionis hadkan kemasukan ke Al-Aqsa.

Khamis, 01/04/2010 – Zionis hari ini menghadkan perjalanan dari Tebing Barat dan kemasukan ke Masjid al-Aqsa untuk memberi peluang masyarakat Yahudi meraikan perlepasan perlepasan (dari Mesir) sepanjang minggu. Tindakan ini meningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.

Polis Zionis menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menghalang umat Islam menunaikan solat di masjid suci itu. Lelaki Muslim yang berumur kurang daripada 50 tahun dihalang menunaikan solat di masjid itu. ini menyebabkan umat Islam, yang muda dan tua terpaksa menunaikan solat di tepi-tepi jalan di Jerusalem.

Kerajaan rejim Zionis juga meningkatkan kawalan kemasukan ke Israel dari Tebing Barat yang dijajah, menutup pintu masuk kepada orang awam, kecuali bagi kes-kes yang memerlukan bantuan perubatan, kemanusiaan serta para professional dan pelajar yang mempunyai permit.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa