Categories
Berita Semasa

9 cedera ketika memperingati Hari Tanah di Gaza.

Jumaat, 02/04/2010 – Askar rejim Zionis menembak penduduk Gaza yang memperingati Hari Tanah Rakyat Palestin ketika mereka menganjurkan beberapa demontrasi di Bandar-bandar sekita Semenanjung Gaza.

Askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah peserta-peserta yang berdemontrasi secara aman sehingga mencederakan 5 orang. Seorang daripadanya cedera ketika berdemontrasi di timur Kem Al-Maghazi sementara 8 lagi di Khan Younis, di tengah-tengah Semenanjung Gaza. Kesemua mereka yang tercedera sedang menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Popular Penentang Tembok Keselamatan, sebagai memperingati Hari Tanah Rakyat Palestin.

Peserta demontrasi yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Diar Al-Blah untuk menerima rawatan. Menurut sumber perubatan, 3 daripada mereka yang cedera merupakan anggota keluarga Al-Najar yang berasal dari Khan Younis, salah sorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa