
Jumaat, 02/04/2010 – Sumber politik negara haram Israel memberitahu bahawa pentadbiran Amerika telah meminta negara haram Israel untuk membeku projek penempatan haram di Jerusalam sebagai tukaran untuk memaksa Presiden Mahmoud Abbas menerima rundingan terus dengan Israel.
Akhbar Ha’aretz melaporkan pentadbiran Amerika sedang berusaha memujuk negara-negara Arab untuk membuka semula rundingan antara negara haram Israel dan Palestin dan menyokong Presiden Mohmoud Abbas dalam rundingan dimana beberapa buah negara Arab sudah pun menyatakan sokongan ke arah rundingan terus sekiranya Israel bekukan projek penempatan haram di Jerusalam.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen