Selasa, 06/04/2010 – Biro Statistik Pusat Palestin mengeluarkan kenyataan media ulangtahun ke empat Hari Tanah 33 hari ini, menunjukkan lebih daripada 85% tanah bersejarah Palestin kini dibawah kawalan Israel, dan 55% pendatang di Tebing Barat tinggal di Wilayah Baitul Muqaddis.
Tentera Pendudukan mengadakan zon penimbal sepanjang sempadan Semenanjung Gaza denga kelebaran menjangkau 1,500 m sepanjang sempadan timur bagi sektor itu, kira-kira 58 km, Ini bermakna ia mengambil keluasan 87 km ² daripada keluasan keseluruhan Semenanjung Gaza, Tentera Pendudukan mengawal 24% daripada kawasan keseluruhan 365km² yang mana kawasan cukup sesak dan padat dengan penduduk.
Ia juga mengatakan bahawa dengan dasar pemusnahan rumah yang berterusan di Baitulmuqaddis, dasar yang mengyahudikan tanah dan mengosongkan populasi Palesntin, kira-kira 50 juta saman terhadap warga baitulmuqaddis dengan alasan ‘pembinaan tidak berlesen’.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah
One reply on “Lebih separuh pendatang tinggal di Baitul Muqaddis”
Salam, asif, setahu saya mungkin ada kesilapan dari segi penggunaan istilah ‘baitul muqaddis’, yang sebenarnya adalah baitul muqaddas atau baitulmaqdis. Sekiranya, saya salah minta diperbetulkan.jzk