Categories
Berita Semasa

Israel rampas 16 dunum di Jenin

Selasa, 06/04/2010 – Tentera Rejim Zionis Sabtu lalu telah bertindak merampas 16 dunum dari perkampungan Jalma, utara Jenin, bertujuan untuk memperluaskan pos pemeriksaan tentera Al-Jalma, yang merupakan laluan utama bagi kawasan penempatan penduduk Palestin sejumlah 48 orang.

Khaled Abu Farha, ketua dewan penduduk Jalma, berkata kepada agensi berita SAFA Ahad lalu, tanah yang dirampas adalah milik penduduk bernama Fawzi Sadiq Abu Farha dan Ahmed Saeed Abu Farha, kedua-duanya menetap di kampung tersebut.

Dia turut menjelaskan tindakan itu bukan untuk kali pertama kerana sebelum ini banyak lagi arahan dikeluarkan untuk merampas ratusan dunum yang merangkumi kebanyakan tanah subur di kampung tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil