
Khamis , 08/04/2010 – Saksi menegaskan kerajaan Mesir telah memperhebatkan kerja-kerja untuk menyiapkan pembangunan “tembok besi” di sempadan Gaza sejak akhir-akhir ini bagi memperketatkan kawalan terhadap terowong ‘perdagangan di sepanjang sempadan Mesir-Palestin.
Sumber pegawai keselamatan menegaskan kerajaan Mesir menyiapkan sebahagian besar tembok besi di sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza di bawah pengawasan Amerika dan Perancis bagi mengelakkan penyeludupan berterusan ke Semenanjung Gaza yang kini dikepung masuk tahun keempat.
Seorang saksi Palestin yakin kerja pembinaan tembok dilakukan sejak awal tahun ini, terutamanya dengan peningkatan jumlah mesin dan peralatan yang dibawa oleh kerajaan Mesir untuk digunakan di tempat pembinaan tembok di sempadan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz
3 replies on “Mesir perhebatkan pembinaan tembok besi di sempadan Gaza.”
Mesir memang gila. Ops, ‘their PM’.
Hosni Mubarak yg bebal
Hosni Mubarak yg bebal..
mudah2an mendapat petunjuk..