Jip Zionis-Israel musnah, 1 mati dan 3 cedera

Al Quds , Isnin , 11/07/2005 – Seorang tentera Zionis-Israel mati dan 3 rakannya cedera apabila jip yang mereka naiki terbalik dan musnah. Menurut sumber, jip itu sedang melakukan tugasan dikawasan pergunungan Palestin. Jip itu dikatakan melanggar sebuah batu besar dan terus hilang kawalan.

Di Gaza pula, sumber Palestin menegaskan bahawa satu pertemuan akan dilangsungkan oleh beberapa komandan operasi pusat tentera Palestin dan tentera Zionis-Israel bagi mendapat kata putus program penarikan Yahudi dari Semenanjung Gaza.

Kementerian dalam negeri Palestin dalam kenyataan mereka, pertemuan itu juga akan menyepakati kawasan penempatan tentera Zionis-Israel. Hal itu dilakukan untuk menjamin kepentingan kedua pihak.