Categories
Berita Semasa

Israel arahkan pengusiran ribuan rakyat Palestin dan antarabangsa Dari Tebing Barat.

Rabu, 14/04/2010 – Kerajaan Israel telah merangka pelaksanaan baru untuk mengusir ribuan rakyat Palestin mahupun penduduk antarabangsa yang menetap di Tebing Barat. Warga Gaza yang tinggal di Tebing Barat juga akan dianggap penduduk haram dan boleh diusir.

Perintah ini secara jelas mensasarkan penduduk Gaza yang tinggal di Tebing Barat, sebahagian besar daripada mereka telah menetap bertahun-tahun lamanya tetapi masih gagal mendapatkan kad pengenalan Tebing Barat dan permit menduduki.

Arahan ini juga turut berkuatkuasa ke atas penduduk antarabangsa, yang sebahagiannya adalah warga Arab Israel yang berkahwin dengan rakyat Palestin dan ke atas sesiapa sahaja yang tinggal di Tebing Barat tanpa mendapat keizinan dari Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

One reply on “Israel arahkan pengusiran ribuan rakyat Palestin dan antarabangsa Dari Tebing Barat.”

Assalamualaikum, Tuan Admin:
Pohon tolong promo Projek Life Line 4 Gaza spt alamat http://www.lifeline4gaza.org/. Projek menerobos keangkuhan Yahudi Zionism.
Projek bersama armada kapal kargo bantuan bekalan kemanusiaan sokongan kerajaan Turki dan PM Erdogan.

Comments are closed.