Categories
Berita Semasa

Mesh’al bertemu Amru Musa di Damsyik.


Rabu, 14/04/2010 – Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS mengadakan pertemuan dengan Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Negara Arab hari ini di Damsyik. Pertemuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang anggota Biro Politik itu sendiri. Pertemuan itu menyentuh beberapa perkembangan terbaru isu Palestin khususnya berkenaan usaha damai serta tindakan-tindakan yang diambil pihak Zionis akhir-akhir ini.

Pertemuan yang berlangsung selepas tengah hari Isnin (12/4) menyentuh perkembangan terkini isu Palestin, tentang usaha damai, di samping isu penempatan dan usaha mengyahudikan al-Quds serta tindakan Zionis mutakhir ini.

Berkenaan usaha damai, pertemuan itu membincangkan tentang halangan yang membantutkan pelaksanaannya. Dalam pertemuan itu juga, usaha-usaha yang dilakukan oleh negara-negara Arab bagi memajukan usaha damai turut dibentangkan sebelum sidang diadakan. Amru Musa turut mendengar pendirian HAMAS tentang usaha-usaha tersebut dan penegasan HAMAS bahawa yang membatalkan usaha tersebut ialah kuasa veto Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir