Categories
Berita Semasa

Israel berhenti di Hebron dan membuat pos pemeriksaan disitu.

Khamis , 15/04/2010 – Askar Rejim Zionis menerjah beberapa kawasan kejiranan di Hebron,Tebing Barat, namun tiada penahanan dilaporkan.Pada awal pagi Selasa lalu, Askar Rejim Zionis bersama jip tentera menyerbu Ras Al-Jora, Bir Al-Mahjar, Wad Abu Ktila dan daerah Halhoul di Hebron.

Menurut sumber keselamatan, Askar Rejim Zionis berkeliaran di jalan di beberapa perkampungan dan tidak ada penahanan dilaporkan. Askar Rejim Zionis membina dua pos pemeriksaan utama di pintu masuk Halhul, utara Hebron dan Ezna di bahagian barat bandar tersebut di mana mereka menyemak kad ID dari penduduk dan menghentikan mereka selama berjam-jam serta menghina mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

2 replies on “Israel berhenti di Hebron dan membuat pos pemeriksaan disitu.”

Assalamualaikum, Tuan Admin:
Pohon tolong promo Projek Life Line 4 Gaza spt alamat http://www.lifeline4gaza.org/. Projek menerobos keangkuhan Yahudi Zionism.
Projek bersama armada kapal kargo bantuan bekalan bantuan kemanusiaan sokongan kerajaan Turki PM Erdogan.

Comments are closed.