Selasa, 04/05/2010 – Tentera Israel petang Sabtu lalu telah menyerang demonstrasi aman membantah penempatan baru dan sedang dilakukan terhadap penduduk bandar Beit Ummar, utara bandar Tebing Barat selatan Hebron.
Sumber tempatan melaporkan tentera telah melakukan serangan terhadap himpunan yang diadakan secara mingguan itu dengan melepaskan gas pemedih mata serta bom tangan kepada puluhan penunjuk perasaan, termasuk aktivis keamanan antarabangsa yang berbaris menuju daerah Palestin yang terletak berdekatan wilayah penempatan haram Tzu Karmei.
Puluhan penduduk menerima rawatan daripada tenaga perubatan selepas menghidu gas yang dilepaskan oleh tentera. Mohammad Ayyad, jurucakap media dari Projek Solidariti Palestin juga telah terkena bom gas di mukanya.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz