
Khamis, 06/05/2010 – Eyat Burnat (gambar), seorang pemimpin aktivis terkenal yang membantah tembok Zionis telah dilarang oleh tentera Zionis daripada menyeberangi sempadan Tebing Barat ke Jordan pada Sabtu lalu.
Burnat merupakan ketua jawatankuasa tempatan yang membantah pembinaan tembok pemisah dan penempatan haram Yahudi di tengah Tebing Barat, di perkampungan Bil’in. penduduk Kampung Bil’in telah mengadakan protes anti-tembok pada setiap minggu sejak 5 tahun lepas.
“Ini merupakan satu lagi penganiayaan Zionis terhadap kami. Pihak tentera telah menahan saya selama 3 jam dan mengarahkan saya supaya pulang ke rumah. Apabila saya tanya mengapa, alasan mereka adalah atas sebab-sebab keselamatan,” kata Burnat kepada IMEMC.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa