
Khamis, 06/05/2010 – Pasukan penceroboh Israel telah menahan seorang penduduk Palestin dari kampung Al-Samouh, selatan Hebron dan membuat dua sekatan di pintu masuk bandar hari ini.
Rejim Zionis tiba di jalan Al-Samouh dan menggeledah rumah Abed Allah Okail yang mana dia telah ditahan dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Sumber keselamatan melaporkan pasukan Israel membuat sekatan di Halhoul serta menghalang dan mengherdik penduduk yang ingin keluar. Mereka juga membina sekatan antara Dorah dan Al-Zahriah mana mereka menghentikan kenderaan penduduk selama berjam-jam.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz