Categories
Berita Semasa

Hamas: Penjajah Zionis memberi tamparan baru kepada kumpulan Oslo

Selasa, 11/05/2010 – Gerakan Pembela Islam (HAMAS) menganggapkan projek pembinaan 14 unit rumah baru di kawasan “Ras al-Amud” merupakan tamparan baru Zionis Israel dan merupakan tindakan merendah-rendahkan Resolusi Jawatankuasa Pelaksana bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan Jawatankuasa Pemantauan Arab al-Quds (di bawah kelolaan Liga Arab), yang kedua-duanya telah memberi lampu hijau dan kata-kata persetujuan dengan Kumpulan Oslo untuk melaksanakan rundingan damai yang sia-sia.

HAMAS dalam satu kenyataannya pada hari Ahad (9-5)yang juga diberikan kepada Pusat Maklumat Palestin, berkata “Projek pembinaan 14 unit rumah baru oleh penjajah Israel di kota al-Quds ini dan dalam waktu yang sama rundingan damai yang dibuat secara sia-sia, telah membenarkan apa yang selalu HAMAS perkatakan sebelum ini, bahawa kembali kepada isu rundingan damai (bukanlah jalan penyelesaian dan ianya) adalah khidmat percuma kepada rejim zionis untuk mereka melakukan (lebih banyak) penjajahan dan melaksanakan penempatan (baru) mereka di Palestin”.

HAMAS menambah lagi, bahawa perkara ini akan memberi lorong (juga) kepada penjajah Israel untuk keluar dari kebuntuan mereka dalam berdepan dengan tanggapan masyarakat umum dunia yang melihat bahawa penjajahan zionis terhadap Palestin adalah merupakan serangan yang berunsurkan perkauman dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Dan HAMAS menyeru kepada Jawatankuasa Pelaksana bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan Jawatankuasa Pemantauan Arab al-Quds, supaya kembali kepada resolusi mereka dan berhenti dari bergantung kepada janji-janji Amerika yang palsu, dan amalan politik mereka yang (ternyata) gagal.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif