
Rabu, 12/05/2010 – Satu kebakaran besar berlaku di sebuah gudang menyimpan barang-barang yang diimport oleh peniaga Gaza dari Israel, yang terletak di “Mashav Shova” di dalam wilayah Israel hari ini. Ketua pembekal barang-barang bagi jawatankuasa Gaza, Raed Fattouh, mengesahkan bahawa gudang tersebut yang terletak di antara laluan komersial “Carney” dan “karem Abu Salem”, adalah sebuah gudang besar yang menyimpan barang-barang yang dibeli peniaga Palestin di Gaza seperti makanan, minyak, kereta, kasut, pakaian dan aluminium.
Fattouh menambah bahawa kebakaran itu menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya 10 kontena yang mengandungi barang bernilai ratusan ribu syikal, dan pihak bomba menghadapi kesulitan untuk memadamkan api, yang masih berjalan hingga saat ini.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rohiez