Puak pelampau rejim Zionis mulakan “the march of flags”

Jumaat, 14/05/2010 – Puluhan ekstrimis Yahudi melakukan upacara keagamaan dan sembahyang di sekitar Masjid Al-Aqsa di ketika ini walaupun telah diberikan amaran, serta mengabaikan protes dari pengawal keselamatan yang mereka lakukan untuk polis Israel.

Seorang pengawal keselamatan mengesahkan bahawa 95 puak pelampau Yahudi berkeliaran di pelantaran Masjid Al-Aqsa dilindungi oleh polis Israel, dan tak lama selepas memasuki kawasan masjid, mereka mula melakukan upacara keagamaan berhampiran gerbang “Alqtanin” dan “Majles” yang merupakan gerbang utama ke masjid, yang mencetuskan kemarahan para pengawal keselamatan. Mereka kemudiannya menelefon polis untuk memberi arahan agar menghentikan tindakan puak pelampau tersebut, namun pihak polis rejim Zionis menafikan bahawa adanya upacara keagamaan disitu serta mengusir mereka setelah berakhirnya “sesi provokasi” tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

2 thoughts on “Puak pelampau rejim Zionis mulakan “the march of flags”

  1. Salam. Masjidilaqsa sebenarnya meliputi seluruh kawasan dalam pagar, termasuklah dome of the Rock. Yang kubah hijau kehitaman itu juga sebahagian dpd Masjidil-Aqsa. Allahu a’lam.

Comments are closed.