Al-Risyq: Pertemuan (tiga pemimpin) Mengesahkan Kegagalan Pilihan Untuk Menghapuskan Gerakan “Hamas”

Jumaat, 14/05/2010 – Seorang ahli biro politik bagi Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), Izzat al-Risyq menyifatkan sidang kemuncak tiga pemimpin yang menghimpunkan dua presiden, iaitu presiden Syiria Basyar al-Asad dan Presiden Rusia Dmitry Medvedev, dan Ketua Biro Politik HAMAS Khaled Meshaal di Damsyik, sebagai satu pertemuan bersejarah dan membuktikan kepada dunia tentang kegagalan pilihan untuk membanteras Gerakan HAMAS dan menghapuskannya dari medan Politik Palestin, Arab dan di peringkat antarabangsa.

Al-Risyq menjelaskan dalam laporan kepada “al-Quds Press” yang diterbitkan pada hari Rabu (12-5) bahawa pertemuan tiga pemimpin tersebut adalah penting, memandangkan pertemuan seperti ini (belum pernah diadakan lagi sebelum ini) dan merupakan pertemuan kali pertama (buat pemimpin tersebut),beliau berkata “ kami dalam Gerakan HAMAS menganggapkan pertemuan tiga penjuru ini sebagai pertemuan paling bersejarah dan merupakan pertemuan yang sangat penting. Ini adalah kali pertama pertemuan antara Medvedev dan Meshaal, walaupun kami telah berkunjung ke Rusia sebanyak 3 kali, dan sidang kemuncak ini menegaskan bahawa HAMAS merupakan sebuah gerakan utama dalam memainkan peranan penting mengadili konflik yang timbul dan menegaskan tentang kegagalan dasar politik Amerika dan kegagalan syarat-syarat Jawatankuasa Kuartet yang bermatlamat untuk menghapuskan Gerakan HAMAS, serta menegaskan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tentang peranan gerakan HAMAS akan membuat kesimpulan bahawa dasar politiknya adalah gagal.

Beliau menambah lagi “sidang kemuncak ini memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara HAMAS dan Rusia dan menegaskan bahawa Rusia tertarik dalam mengembangkan dan meningkatkan peranan mereka di Timur Tengah, dan kami di HAMAS menguatkan peranan Rusia ini dan mengajak untuk mengembangkan peranan tersebut, kerana kita memerlukan kesimbangan dalam hubungan dan kami percaya bahawa sidang kemuncak ini belum pernah terjadi sebelum ini dengan kekuatan gerakan-gerakan pembebasan dalam masyarakat yang terdiri dari negara Syiria dan juga gerakan HAMAS (sendiri), dan sudah pastinya sidang kemuncak seperti ini akan dapat membina hubungan serta persaudaraan, dan dapat merealisasikan segala resolusi dan cadangan di peringkat Antarabangsa dan mengukuhkan hubungan ini untuk memberi khidmat kepada permasalahan Palestin dan permasalahan bangsa arab”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif