
Isnin, 17/05/2010 – Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Yitzhak Aharonfitch bergabung suara dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Avigdor Liberman untuk mengesahkan bahawa kini pembekuan kerja-kerja pemusnahan rumah di Baitulmuqaddis sudah berakhir.
Sambil menambah bahawa perundingan secara tidak langsung tidak menunjukkan sebarang hasil yang positif maka pengumuman pelancaran kerja-kerja pemusnahan semula dilakukan. Aheronfitch menegaskan bahawa Israel akan mula memainkan peranan aktif dalam menghancurkan rumah-rumah Palestin selepas tempoh pembekuan yang sangat singkat, mendakwa bahawa mereka akan menghancurkan rumah-rumah yang dibina secara tidak sah mengikut perkiraan mereka.
Menurut surat khabar harian yang diterbitkan oleh Israel ;Ha’aretz Menteri menekankan kepada Knesset semalam bahawa selama dua bulan terakhir Israel menghentikan kegiatan memusnahkan perumahan, untuk memberikan kesempatan kepada perundingan tidak langsung, yang dilakukan oleh pentadbiran AS dan Utusan Khusus untuk Timur Tengah, George Mitchell, yang disasarkan ialah pembaharuan perundingan antara Israel dan Palestin, sehingga tidak mendapat sebarang bantahan untuk meneruskan kerja-kerja pemusnahan keesokannya dan menyatakan terdapat banyak rumah-rumah yang dibina secara tidak sah.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rohiez