
Isnin, 17/05/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini telah menawan dua penduduk Palestin dari Kem Pelarian Al-Farea di Bandar Tubas di utara Tebing Barat setelah mereka membuat dua pendaratan dari sebuah helikopter.
Sumber keselamatan melaporkan Tentera Israel telah menahan Yousef Abu Syam, 18 dan Ahmad Maya, 32, selepas membuat serbuan keatas rumah mereka di kem Al-Farea. Tentera Rejim Zionis membuat dua pendaratan dari sebuah helikopter dan melancarkan tindakan ketenteraan di Tubas, tambah sumber tersebut.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : aznil