
Selasa, 18/05/2010 – Pihak berkuasa Mesir mengumumkan semalam kedatangan lebih daripada 200 pesakit Palestin dan sejumlah teman mereka yang datang dari Gaza melalui Rafah untuk menerima rawatan di Institut Nasser dan Hospital Palestin di Kaherah , dan hospital khusus yang lain.
Dalam hal ini, Pengarah Besar Kesihatan di Utara Sinai, Dr Tarek Mahlawi, menegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa penilaian perubatan bagi pesakit yang datang untuk rawatan daru Gaza, dan mengenalpasti keperluan rawatan mereka dan hospital yang tepat untuk mereka.
Dr Tarek juga berkata terdapat 4 klinik tetap dan 3 klinik bergerak, di samping sekitar 15 ambulans untuk membawa pesakit Palestin. Di samaping itu, puluhan pesakit Palestin juga kembali ke Gaza melalui Rafah, selepas pulih dirawat di hospital Mesir.
Sempadan Rafah dibuka selama 3 hari bermula dari semalam untuk membenarkan pesakit meninggalkan Gaza ke Mesir dan juga untuk membiarkan orang-orang terkandas dengan visa dan kes kemanusiaan untuk meninggalkan Gaza.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen