Selasa, 18/05/2010 – Jamal al-Khudri, seorang ahli parlimen merangkap Ketua ‘Jawatankuasa Kebangsaan bagi Membenteras Kepungan’ mengumumkan adalah dijangkakan gerombolan kapal yang digelar sebagai ‘gerombolan kebebasan’ akan tiba ke pantai Gaza pada pagi 27 Mei ini.
Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar bertulis pada hari Ahad (16/5) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa pada 21 Mei, 3 buah kapal akan bergerak dari Istanbul ke Antalya. Beliau menambah, manakala pada 24 Mei, 8 buah kapal lagi akan bergerak; 3 dari Antalya dan 5 dari Greece yang akan bertemu dengan kapal Rachel Corrie yang bergerak dari Ireland pada titik tertentu sebelah pantai pelabuhan Larnaca, Cyprus.
Seterusnya beliau menambah, “Dari sana, kesemua kapal akan bergerak pada 26 Mei dengan mengibarkan bendera Palestin dan negara-negara simpati yang menyertai gerombolan tersebut bagi menembusi kepungan laut, dan akan tiba pada pagi 27 Mei di pantai Gaza.” Beliau juga memaklumkan bahawa semua pihak termasuk semua institusi kerajaan Palestin, jawatankuasa bertindak menentang kepungan dan seluruh lapisan masyarakat Palestin telah bersedia bagi menyambut kedatangan bilangan kapal terbesar dalam sejarah bagi menembusi dan meruntuhkan kepungan atau sekatan laut oleh regim Zionis.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir
3 replies on “‘Gerombolan Kemerdekaan’ akan tiba di Gaza pada 27 Mei”
Allahu Akbar!!
Semoga Allah memudahkan kerja ini utk Palestine…..aminnnnnnn
i need to go there….if any info pls inform me …..malaysia