Isnin, 24/05/2010 – Bekas Menteri Hal Ehwal Orang Tahanan, Ir. Wasfi Qabha berkata, pihak berkuasa Zionis mencari fasal dengan mengeluarkan arahan agar wakil rakyat yang telah dibebaskan daripada tahanan, Muhamamd Abu Tair dihalau, di samping beberapa orang wakil rakyat lain dari bandar al-Quds. Beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang dianggap sebagai penghapusan pahlawan dan hero bandar al-Quds.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis (20/5) itu, beliau juga mengutuk percubaan beberapa kumpulan pelampau kanan Zionis melakukan kekerasan terhadap Abu Tair semasa beliau keluar dari balai polis Zionis tanpa pihak polis campurtangan bagi memberhentikan kekerasan tersebut.
Beliau juga menambah bahawa tindakan tersebut diambil bagi mengeluarkan para pimpinan, pejuang dan wakil rakyat dalam Majlis Perundangan bagi meningkatkan lagi siri jenayah dan pencerobohan Zionis yang bertujuan menjejaskan bandar al-Quds dan penduduk asalnya.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir