Categories
Berita Semasa

Al-Masri : Tindakan Mengusir Abu Tayr dari al-Quds Seperti Bermain Dengan Api

Isnin, 24/05/2010 – Musyir al-Masri, Ahli Parlimen yang juga merupakan Setiausaha Sulit, mewakili kumpulan “Perubahan dan Reformasi” di Parlimen, Dewan Perundangan Palestin telah menegaskan bahawa, ketetapan penjajah Zionis untuk mengusir Ahli Parlimen al-Quds, Muhammad Abu Tayr dari al-Quds sepenuhnya, adalah seperti bermain dengan api, dan melampaui garisan merah serta menunjukkan sikap perkauman bangsa mereka dan pola pemikiran jenayah mereka yang cuba menghapuskan simbol-simbol (pimpinan rakyat) dari kota al-Quds, dengan menambah bahawa “bangsa Palestin akan terus berdiri teguh (berdepan dengan situasi ini).

Masri berkata demikian dalam sebuah kenyataan eksklusif yang dibuat untuk “Pusat Maklumat Palestin”, pada Khamis malam (20-5) : “Keputusan pengusiran (Abu Tayr) merupakan sebahagian rancangan dan siri dari siri-siri pengusiran kesemua penduduk Jerussalam, bermula dengan (pengusiran) simbol-simbol (pimpinan rakyat) dan menghapuskan mereka, bagi membenarkan perampas zionis menggantikan tempat mereka, dengan merujuk “ impian besar dari gerakan zionis adalah untuk mengosongkan penduduk asal Baytul Maqdis sebagai langkah mereka menjadikan Baytul Maqdis sebagai kota mereka yang kekal abadi”.

Musyir yang juga mewakili suara Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), mengingatkan penjajah zionis bahawa tindakan (pengusiran itu)hanyalah tindakan yang bodoh, dengan menegaskan bahawa implikasi dari keputusan tersebut adalah sangat bahaya dan pihak musuh perlu bertanggungjawab (atas perkara tersebut), dan rakyat Palestin akan terus berdiri teguh berdepan dengan situasi ini”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif