Categories
Berita Semasa

Pegawai Mesir ditangkap menyusup ke Gaza untuk kumpul maklumat

Rabu, 26/05/2010 – Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hammad al-Naqqab mendedahkan penangkapan seorang pegawai Mesir berpangkat tinggi oleh pihak keselamatan Palestin ketika pegawai tersebut sedang menyusup masuk ke semenanjung Gaza bagi menghimpukan maklumat tentang rakyat Palestin dan kerajaan serta beberapa tugasan lain. Beliau juga memaklumkan pihak keselamatan Palestin menghantar pulang pegawai terbabit ke Mesir sambil menuntut agar sebuah jawatankuasa keselamatan bersama ditubuhkan bagi menyelaraskan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak, bukan melalui para pegawai yang menembusi dinding keselamatan Palestin.

Dalam temubual dengan Palestin Online pada hari Ahad (23/5), Hammad mengutuk tindakan Mesir yang beterusan menangkap dan menahan beberapa rakyat Palestin di dalam penjaranya serta melakukan penyeksaan terhadap mereka, tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan sama ada kesalahan jenayah atau mengancam keselamatan Mesir. Beliau juga menyeru menyeru Mesir agar membebaskan semua tahanan Palestin di dalam penjara Mesir tanpa sebarang syarat.

Beliau juga menganggap tindakan yang dilakukan Mesir terhadap rakyat Palestin sebagai terkeluar daripada kerangka ajaran Islam, semangat perkauman Arab dan hak sebagai jiran. Beliau berkata Mesir sepatutnya menjalankan penyiasatan terhadap pihak Zionis tentang bagaimana mereka menyusup masuk ke dalam bumi Palestin dan bumi Mesir sendiri. Mesir juga sepatutnya menyokong perjuangan rakyat Palestin, bukan menghantar para pegawainya menyusup ke Gaza bagi menghimpunkan maklumat tentang pihak pejuang serta menyeksa rakyat Palestin yang ditahan bagi mendapatkan maklumat tentang Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir