Categories
Berita Semasa

Kesatuan Eropah gesa siasatan atas tindakan ketenteraan rejim Zionis

Khamis, 03/06/2010 – Kesatuan Eropah (EU) menggesa siasatan dilakukan di atas kematian orang awam di dalam kapal-kapal bantuan ke Gaza yang ditawan tentera laut rejim Zionis semalam (Isnin). EU juga menggesa rejim Zionis membenarkan kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza belayar dengan bebas.

“Perwakilan Tertinggi, Catherine Ashton melahirkan rasa kecewa yang teramat dengan berita kematian dan keganasan yang berlaku (ke atas peserta Pelayaran ke Gaza) serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera,” kata jurucakap Ashton, Ketua Polisi Luar EU.

“Bagi pihak EU, beliau menggesa siasatan penuh dijalankan kejadian itu. Beliau menggesa pembukaan laluan bantuan kemanusiaan, barang-barang keperluan dan individu masuk dan keluar Gaza, dengan kadar segera, berterusan dan tanpa bersyarat.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa