Jumaat, 04/06/2010 – Tony Blair, utusan Jawatankuasa Kuartet Antarabangsa di Timur Tengah mengakui kegagalan polisi kepungan yang dikenakan terhadap semenanjung Gaza untuk tahun keempat berturut-turut. Beliau juga mengakui bahawa hasilnya adalah bertentangan dengan matlamat asalnya sebagaimana ia juga tidak akan berjaya menyebabkan pembebasan tentera Israel yang ditawan, Jelad Shalit.
Dalam satu kenyataan kepada Agensi Reuters, Blair juga menyeru regim Zionis agar menamatkan kepungan yang dikenakannya terhadap semenanjung Gaza dengan mengatakan bahawa kepungan itu hanya menyebabkan akibat yang bertentangan dengan matlamat asalnya. Apa yang mesti dilakukan oleh regim Zionis ialah membenarkan kemasukan bahan binaan bagi membina semula perumahan dan rangkaian kesihatan, bekalan elektrik dan air, serta membenarkan proses pelaburan berjalan dengan lancar.
Beliau juga menambah bahawa kepungan tersebut tidak membantu Israel membebaskan tenteranya yang ditawan HAMAS, Jelad Shalit semenjak tahun 2006. Beliau juga menegaskan bahawa kita tidak boleh menjejaskan kedudukan HAMAS dengan mendatangkan penderitaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Mengulas keputusan Mesir membuka sempadannya dengan semenanjung Gaza, beliau berkata: “Mereka melakukannya atas sebab-sebab kemanusiaan dengan menjadikan bandar Rafah lebih berfaedah.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir