Khamis, 10/06/2010 – Jordan berkata bahawa mereka telah meminta Israel untuk kembalikan pasport yang dirampas dari rakyat Jordan yang berada di antara penumpang armada bantuan Gaza yang disekat dalam serangan yang mengorbankan sembilan nyawa minggu lalu.
Jurucakap Kerajaan, Nabil Sharif berkata Israel telah memberikan Jordan senarai pasport yang dirampas dari tujuh rakyat Jordan termasuk warga Oman, Pakistan, Indonesia, Kuwait, Bahrain, Maghribi dan Algeria. “Kami masih cuba untuk mengetahui dari kerajaan haram Israel akan status dua lagi pasport rakyat Jordan, “kata Sharif.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : nurul