Categories
Berita Semasa

Zionis pertimbangkan siasatan ke atas armada bantuan tetapi tenteranya perlu tutup mulut

Jumaat, 11/06/2010 – Rejim Zionis pada Rabu lepas membincangkan format untuk melakukan siasatan ke atas serangan maut terhadap armada bantuan ke Gaza. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata tenteranya mempunyai had tertentu untuk disoal-siasat.

Katanya lagi, rejim Zionis sedang berbincang dengan beberapa ahli komuniti antarabangsa tentang siasatan itu dan menekankan bahawa siasatan itu mesti fokus kepada aktivis pro-Palestin yang melawan komando tentera laut rejim Zionis dengan pisau dan kayu.

Netanyahu menekankan bahawa tenteranya hanya akan memberi maklum balas kepada pihak tenteranya sahaja. Tambahnya lagi, “Inilah caranya bagaimana pasukan tentera rakan-rakan kami di dunia ini selalu bertindak dan inilah caranya kami patut bertindak.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa

2 replies on “Zionis pertimbangkan siasatan ke atas armada bantuan tetapi tenteranya perlu tutup mulut”

Comments are closed.