
Isnin, 14/06/2010 – Pada 22 Julai 2008, saya sedang berjalan pulang dari Gim YMCA di King David Street di Jerusalem ketika saya menyaksikan apa yang dikatakan sebagai satu serangan pengganas. Seorang lelaki Palestin dimana Israel dengan melulu menuduh beliau sebagai seorang pengganas sedang memandu sebuah jentolak ( ini adalah insiden jentolak kedua dalam sebulan, bukan pertama) telah ditembak mati oleh ORANG AWAM Israel dan seorang pegawai pengawal sempadan yang tidak bertugas. Kejadian ini berlaku selang 100 meter dari saya.
Reaksi warga Israel adalah sangat menakjubkan, lari berkeliaran, menangis dan menjerit “Lihat dengan apa yang kita hadapi setiap hari”, “ Pengganas-pengganas ini tidak akan berhenti”. Dengan kenyataan diatas, Israel akan membuat anda percaya bahawa mereka adalah mangsa keganasan. Perlu diingat bahawa terdapat banyak kamera dan wartawan dari rangkaian penyiaran terbesar di seluruh pelusuk dunia. Saya amat terperanjat bagaimana mereka dapat menukarkan insiden seperti ini kepada sebuah tangisan yang menyedihkan bagi meminta bantuan dunia.
Lelaki Palestin yang berumur 22 tahun itu, tanpa sebarang rekod jenayah sedang memandu jentolaknya ke sebuah lorong dan melanggar beberapa meja dan kerusi kafe, melanggar beberapa buah kereta, tanpa membunuh sesiapa. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, lelaki ini akan dikenalpasti mempunyai masalah mental, kemungkinan tekanan perasaan, dan akan diberi rawatan perubatan untuk memastikan beliau pulih sepenuhnya . Ini adalah langkah yang terbaik yang sepatutnya untuk diambil.
selanjutnya di sini
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : noraliza
One reply on “Serangan pengganas… Saya tidak fikir begitu”
sy begitu yakin akan kenyataan ini..
biarpun sy sendiri tidak pernah menyaksikan apa yang berlaku disana didepan mata saya tapi cukup jelas selama ini penindasan yg mereka lakukan terhadap palestin..
semuanya jelas dari dulu hinggalah kini..
sampaikan salam sy buat barisan yang mendokong perjuangan di palestin..