
Rabu, 16/06/2010 – Aktivis-aktivis keamanan Perancis yang menyertai konvoi armada bantuan dan kebebasan ke Gaza merancang untuk mendakwa rejim Zionis di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana melakukan “jenayah perang” ke atas konvoi tersebut di perairan antarabangsa.
Pasukan peguam yang dilantik oleh para aktivis keamanan Perancis itu mengumumkan bahawa mereka akan membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague di atas kejadian yang mereka sifatkan sebagai jenayah perang.
Lilian Glock, wakil para aktivis Perancis berkata, “Saya mewakili sepasukan peguam antarabangsa yang akan membawa kes serangan konvoi bantuan oleh rejim Zionis yang tanpa ragu merupakan satu jenayah perang dan ia cukup kuat bagi kami untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.”
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa