Categories
Berita Semasa

Israel membuka pintu laluan Abu Salem.

Rabu, 16/06/2010 – Pihak berkuasa Israel telah membuka pintu laluan Karem Abu Salem hari ini bagi membenarkan kemasukan bekalan minyak dan bantuan yang dihadkan ke Semenanjung Gaza, sementara masih mengekalkan penutupan pintu laluan Al-Montar.

“Pihak berkuasa yang bertugas akan membuka laluan Abu Salem untuk membenarkan kemasukan 86-96 buah van penuh dengan bantuan dan barang keperluan dalam sektor industri dan pertanian, salah satunya membawa simen untuk projek UNRWA” ,menurut pengawal Palestin di pintu laluan tersebut, Raed Fatouh, kepada agensi berita SAFA.

Beliau menambah mereka akan menyalurkan bantuan dalam kuantiti yang terhad untuk bekalan gas memasak dan keperluan minyak bagi menjalankan janakuasa elektrik di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  noraliza