
Jumaat, 18/06/2010 –Kumpulan Kempen Eropah untuk Pembebasan Sekatan Gaza (Eropean Campaign) menegaskan bahawa pihaknya secara prinsip tidak menentang peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk menyalurkan bantuan melalui”armada kebebasan” ke Gaza. Dengan syarat tindakan tersebut tidak menjadi dasar peranan masa depan PBB untuk menamatkan sekatan.
Ahli kumpulan Eropean Campaign, Rami Abduh, dalam sebuah kenyataan akhbar Rabu (16/6), menegaskan, “Tujuan kami pada dasarnya adalah untuk menghantar bantuan, perkara ini boleh dicapai. Namun yang lebih penting adalah menarik semula sekatan. Apa yang kami harapkan dari PBB – sebagaimana yang diharapkan oleh seluruh dunia. PBB jangan membataskan peranannya hanya untuk menyalurkan bantuan sahaja.”
Beliau menambah, “PBB bukan merupakan organisasi amal, peranan utamanya dalam isu ini adalah melaksanakan langkah-langkah praktis menamatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza sepenuhnya. Tanpa tindakan tersebut, peranan PBB hanya akan menghalalkan sekatan.”
sumber : COMES
penterjemah : Osman