Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis mungkin hukum anggotanya yang terlibat dalam pembunuhan Gaza

Jumaat, 18/06/2010 – Tentera rejim Zionis sedang mempertimbangkan kemungkinan akan mengenakan hukuman ke atas anggotanya yang disyaki menembak mati dua orang wanita yang sedang mengibarkan bendera putih semasa perang Gaza, kata sumber tentera rejim Zionis pada Rabu lepas.

Sekiranya anggota tentera tersebut didakwa, ia merupakan kali pertama dakwaan seumpamanya dilakukan ke atas tentera rejim Zionis atas sebab membunuh orang awam semasa perang yang berlaku selama 22 hari itu, yang bermula pada Disember 2008. Perang Gaza itu telah mengorbankan 1,400 penduduk Palestin dan hanya 13 orang Israel.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’tselem merupakan yang pertama melaporkan kematian itu dan berkata bahawa tentera rejim Zionis itu telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan 30 orang awam tanpa sebarang amaran. Serangan itu mengorbankan Riyeh Abu Hajaj, 64 dan anaknya Majda Abu Hajaj, 37 yang berasal dari Juher a-Dik di Semenanjung Gaza.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa