Categories
Berita Semasa

Mesir melarang pesawat Israel melintasi Taba

Isnin, 21/06/2010 – Pihak berkuasa Mesir telah pun menguatkuasakan peraturan menghalang pesawat-pesawat Israel melintasi ruang udara bandar Taba ketika hendark mendarat di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dilihat suatu ketidakkonsistenan dalam perjanjian keamanan antara dua negara ini.

Menurut akhbar berbahasa Hebrew “Maariv” pada hari ini, antara perkara yang terkandung di dalam perjanjian yang ditandatangani Israel dan Mesir adalah untuk membenarkan pesawat-pesawat komersial Israel untuk menggunakan ruang udara bandar Taba untuk pendaratan di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dikoordinasikan oleh menara kawalan Israel di Israel bersama dengan menara kawalan Mesir untuk memberi arahan penerbangan kepada pesawat-pesawat Israel.

Laman web mereka turut menyatakan bahawa pada minggu lepas, sebuah pesawat Israel melalui menara kawalan Israel yang berada di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Eilat, telah ditolak permohonannya untuk melintasi ruang udara Mesir, malah pihak berkuasa Mesir langsung tidak membenarkan pesawat Israel untuk memasuki ruang udara mereka. Laman web tersebut juga menyatakan Kementerian Komunikasi Israel telah memberi respon dan sedang menyiasat isu ini, terutamanya apabila Israel mengetahui bahawa Mesir kini berada di posisi yang baharu, bukan lagi seperti kejadian-kejadian sebelumnya. Ini adalah kerana Mesir kini mula menunjukkan tanda penentangan terhadap Israel dan berdiri bersama pendokong-pendokong kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  faizul

2 replies on “Mesir melarang pesawat Israel melintasi Taba”

Comments are closed.