
Selasa, 22/06/2010 – Bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat lepas memberitahu diplomat AS, George Mitchell bahawa AS mesti memberi tekanan kepada rejim Zionis untuk menghentikan kepungan ke atas Semenanjung Gaza.
“(Bekas) Presiden Abbas menekankan dalam mesyuarat itu betapa pentingnya usaha AS diteruskan untuk menghentikan kepungan ke Gaza,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada wartawan AP selepas perjumpaan yang diadakan di Ramallah. Ramallah merupakan pusat pentadbiran Fatah di Tebing Barat yang dijajah Zionis.
Beliau menegaskan bahawa dengan menghentikan kepungan itu, rundingan damai antara rejim Zionis dan Palestin akan membuka lembaran baru yang lebih baik. Rundingan itu telah terhenti sejak rejim Zionis menyerang Gaza selama 22 hari berturut-turut sejak Disember 2008.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa