Khamis, 24/06/2010 – Para Peguam dan ahli undang-undang berpendapat bahawa perlunya lanjutan terhadap usaha kerjasama antarabangsa serta usaha memberi tekanan kepada penjajah Zionis, melalui pembentukan kesatuan politik, dalam rangka menghapuskan kepungan Zionis keatas Gaza.
perkara tersebut muncul ketika sesi diskusi pendapat yg dilakukan oleh Pusat Kajian Dasar dan Pembangunan, pada hari Isnin (21-6), berjudul “Serangan musuh terhadap armada kebebasan dan jalan untuk menghadapinya.”
Raji Surani, Pengarah Pusat Palestin dan Hak Asasi Manusia, berkata “bahawa rakyat Turki telah berdepan (isu ini) dengan sangat serius dan bertanggungjawab dengan mengambil tindakan undang-undang atas pembunuhan yg dilakukan secara kejam oleh penjajah Zionis keatas kapal armada kebebasan di kawasan perairan antarabangsa.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif