Selasa, 13/09/2005 – Brigade al-Aqsa menyeru supaya menghancurkan bangunan-bangunan yang akan ditinggalkan oleh tentara Zionis-Israel di kawsan penempatan Zionis, karena bangunan-bangunan itu dibangun secara haram. Brigade al-Aqsa turut menyatakan bahawa bangunan-bangunan yang ditinggalkan itu dapat mengembalikan penjajahan Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin dengan campurtangan pihak antarabangsa. Dengan itu, kemerdekaan yang dikecapi tidak bermakna.
Dalam satu kenyataan, juru cakap al-Aqsa menyatakan bangunan yang sengaja ditinggalkan itu mempunyai muslihat. Tipu muslihat itu bakal membawa kepada penjajahan semula. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan pejuang-pejuang Palestin untuk menghancurkan bangunan-bangunan yang ditinggalkan meskipun ditentang oleh pihak keamanan Palestin.
Jurucakap Brigade al-Aqsa turut memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Arab supaya tidak membela peninggalan bangungan-bangunan milik Zionis-Israel.