Jumaat , 25/06/2010 –Bekas Timbalan Ketua Parlimen Eropah Louisa Morzintini meminta masyarakat antarabangsa dan juga Kesatuan Eropah serta semua institusi parlimen dan organisasi kerajaan yang menyokong usaha hak asasi kemanusiaan dan menghormati undang-undang antarabangsa, supaya mengambil pendirian secara praktikal, dan bukan hanya slogan dan kata-kata kosong berkenaan keputusan Zionis mengusir dan menafikan hak ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis, selain mengambil tindakan yang nyata dan berkesan demi menghentikan dasar Zionis, serta menghapuskan keputusan mereka mengusir ahli-ahli parlimen al-Quds. Di samping itu juga, menghentikan tindakan mereka (yg seolah-olah menafikan hak ahli-ahli parlimen tersebut sebagai warga al-Quds) dengan merampas kad pengenalan peribadi, serta tindakan mereka membekukan segala program dan aktiviti (sebagai ahli parlimen di al-Quds).
Morzintini dalam kenyataannya – yang dikemukakan kepada Kempen Antarabangsa membebaskan ahli-ahli parlimen yg diberkas – bahawa beliau menentang sistem politik Zionis yg telah meningkatkan permusuhan pada setiap hari terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis. Di samping itu juga, beliau mengutuk kerja-kerja pemukiman (rakyat haram Israel) dengan matlamat utk mengusir penduduk asal al-Quds, bermula dengan pengusiran ahli-ahli parlimen al-Quds (perwakilan rakyat) dan kemudian kemusnahan rumah-rumah dan rampasan kad-kad pengenalan peribadi serta mengusir keluarga-keluarga (Palestin) dari rumah-rumah mereka. Beliau juga (yang mewakili parlimen eropah) berjanji akan berbincang perkara ini dengan individu-individu dan lembaga-lembaga yang bertanggungjawab di Eropah bagi membantu menghentikan pelaksanaan resolusi pengusiran ini yg tidak bertunjangkan undang-undang (yang benar).
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : arif