Categories
Berita Semasa

Serangan Zionis di Timur Gaza sebabkan kematian dan kecederaan

Khamis, 01/07/2010 – Seorang warga Palestin syahid dan sekurang-kurangnya seorang lagi cedera akibat serangan yang dilancarkan oleh tentera Zionis di timur perkampungan al-Shuja’iyyah ke timur bandar Gaza. Ini berikutan gangguan berterusan yang dilakukan oleh pihak Zionis terhadap Gaza dari masa ke semasa.

Adham Abu Silmiyyah, penyelaras media bagi perkhidmatan perubatan ketenteraan berkata kepada wartawan Pusat Media Palestin bahawa berita awal menyatakan berlaku pengeboman yang dilakukan oleh pesawat peninjau Zionis serentak dengan pengeboman meriam yang menyebabkan kematian seorang warga Palestin, Bassam Badwan (29 tahun) dan kecederaan sekurang-kurangnya seorang lagi warga Palestin yang terkena serpihan bom, yang tiba di hospital dalam keadaan putus kedua-dua belah kakinya dan kecederaan di seluruh badannya.

Abu Silmiyyah menyebutkan bahawa penyelarasan telah dibuat dengan pihak Palang Merah Antarabangsa agar kereta ambulan boleh masuk ke kawasan terbabit bagi membawa orang-orang yang tercedera yang kemungkinan ada, kerana beberapa penduduk kawasan tersebut menyatakan tentang kewujudan beberapa warga yang tercedera.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir