Khamis, 08/07/2010 – Pihak berkuasa kerajaan haram Zionis memutuskan kira-kira sebulan lepas untuk membenarkan tahanan-tahanan dari Semenanjung Gaza menelefon keluarga masing-masing bermula daripada bulan Ramadhan. Keputusan itu dibuat selepas rundingan dan rayuan dibuat oleh pimpinan gerakan tahanan penjara.
Para tahanan di penjara Ramleh berkata bahawa tahanan-tahanan dari Semenanjung Gaza telah mula menghantar surat rayuan kepada pentadbiran penjara untuk menelefon keluarga masing-masing selepas perjanjian tersebut dibuat. Para tahanan memaklumkan bahawa pihak pentadbiran telah menyatakan keizinan mereka untuk membenarkan para tahanan Gaza menelefon keluarga masing-masing sebelum bulan Ramadhan tahun ini.
Para tahanan penjara dari Semenanjung Gaza telah dinafikan pelbagai hak mereka sejak penangkapan seorang tentera muda rejim Zionis, Gilad Shalit, terutamanya hak mereka untuk menziarahi keluarga, membawa masuk barang-barang keperluan serta mereka dilayan seperti penjenayah perang.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob