Pimpinan Politik Hamas, Dr. Mahmud Zehar menegaskan bahawa Hamas telah bersiap sedia untuk mnyertai pilihanraya legislatif Palestin yang dijadualkan pada Januari 2006.
Kenyataan itu bertepatan dengan usaha Zionis-Israel menghalang Hamas dalam menyertai pilihanraya dan perkembangan politik. Beliau turut menyatakan Ariel Sharon berjanji akan berusaha menggagalkan pilihanraya legsilatif di wilayah Tebing Barat, jika Hamas menyertai pilihanraya.
Zehar turut menegaskan, bahawa pilihan Hamas bukan pilihan Zionis. “Kami tidak mungkin menjadikan Zionis-Israel sebagai teman dalam politik, kemanan ataupun ekonomi. Kami tidak akan bekerjasama dengan Israel dalam apa keadaan sekalipun. Pilihan kami adalah cita-cita kami. Bangsa kami adalah Arab dan Islam yang tidak akan mengadakan apa-apa hubungan dengan Zionis-Israel”, kata Zehar.
Zehar menambah lagi, sesungguhnya al-Quds, Haifa, Yafa dan setiap jengkal tanah Palestin sedang menunggu kejayaan Gaza menuju ke arah kemenangan.