Seorang rakyat Israel diculik dan dibunuh

Sabtu , 01/10/2005 – Brigade Al Qassam, sayap tentera Hamas menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas penculikan warga Zionis-Israel beberapa hari lalu dan membunuhnya di Tebing Barat.

Mangsa merupakan anggota perisik Shabak (50) yang berada di Al Quds pada 21 September lalu. Penculikan ini dilakukan untuk bertukar dengan tahanan Palestin. Namun oleh kerana Zionis-Israel terus-menerus melakukan kezaliman, warga Israel itu dibunuh oleh Brigade Al-Qassam.

Dalam satu kenyataan, Al Qassam telah memberikan kesempatan kepada Zionis-Israel sewaktu masa tenang agar membebaskan tahanan Palestin. Al Qassam mengancam bahawa Zionis-Israel tidak akan dapat merasa tenang selagi kezaliman dan penindasan terhadap rakyat Palestin berterusan.