Categories
Berita Semasa

Israel terus membina penempatan haram.

Jumaat, 16/07/2010 – Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis pada Selasa lalu telah bersetuju dengan rancangan untuk membina 32 unit perumahan di sekitar daerah “Pisgat Ze’ev”, utara wilayah yang diduduki itu sejak tahun 1948.

Menurut radio tentera Zionis Israel, proses pembinaan tetap dilaksanakan walaupun kerajaan AS dan pembangkang meminta unit pembangunan penempatan di Baitulmuqaddis dibekukan sebelum pelancaran rundingan antara pihak berkuasa Palestin dan kerajaan Israel berlangsung.

Seorang anggota Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis, Elisa Peleg juga wakil parti Likud yang berkuasa ketika ini berkata: “Kerajaan Israel akan terus membina penempatan di Baitulmuqaddis yang diduduki dan tidak akan membenarkan campur tangan pihak ketiga dalam hal ini,” sambil menambah jawatankuasa itu akan menyemak pembangunan 50 unit tambahan untuk penempatan itu sendiri.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz