Ahad, 18/07/2010 – Forum Tahanan Palestin menegaskan bahawa pihak penjara Zionis Israel telah melaksanakan hukuman tambahan bagi para tahanan Palestin di penjara Israel Jalbo, dengan mencipta pelbagai alasan sebagai usaha untuk menekan para tahanan dan melemahkan ketahanan mereka.
Dalam satu pernyataan yang dikeluarkan semalam, Khamis (15/7), Forum Tahanan Palestin menjelaskan bahawa hukuman tersebut termasuk penangguhan kunjungan keluarga selama dua bulan, menempatkan sejumlah tahanan Palestin di sel terasing dan tidak dibenarkan pergi ke kantin penjara. Pihak Forum Tahanan melihat tindakan Israel ini bertentangan dengan semua penetapan dan perjanjian antarabangsa.
Pernyataan ini menyeru agar masyarakat antarabangsa membuat memo bantahan secepat mungkin untuk menghentikan tindakan rasis tidak bertamadun ini. Hampir setiap hari pihak penjara Zionis Israel melanggar hak-hak tahanan Palestin di penjara-penjara mereka.
sumber : COMES
penterjemah : osman