Categories
Berita Semasa

Haneyya seru Gaddafi lawat Gaza

Selasa,  20/07/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyeru pemimpin Libya, Muammar Gaddafi agar melawat Genting Gaza bagi melihat sendiri situasi kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh penduduknya dan turut serta bagi memecahkan kepungan yang dikenakan ke atas kawasan tersebut.

Semasa upacara sambutan delegasi kapal Libya ‘Harapan’ di pejabat Perdana Menteri di Gaza pada Ahad (18/7), Haneyya menghargai peranan yang diambil oleh kerajaan dan rakyat Libya kerana mempunyai pendirian yang teguh terhadap isu Palestin dan penghantaran kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau juga menegaskan Gaza masih lagi kepung dan segala usaha bagi menggambarkan situasi yang sebaliknya dianggap sebagai dakyah Zionis yang berusaha untuk menghalal dan menghiasi kepungan yang diambil dalam keadaan dunia menuntut ia dibatalkan sama sekali. Namun beliau juga menegaskan rakyat Palestin masih mampu memelihara semangat juang yang tinggi berhadapan dengan penjajahan Zionis tersebut sekalipun terpaksa menghadapi kepungan yang berterusan.

Beliau juga meminta agar konvoi bantuan sentiasa dihantar bagi memecahkan kepungan yang dikenakan dan bagi membongkar kepalsuan dakwaan Zionis kononnya kepungan sudah dikendurkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir