Categories
Berita Semasa

Serangan Zuionis terhadap Beit Hanoun: 2 syahid dan 7 cedera

Sabtu,  24/07/2010 – Dua rakyat Palestin telah syahid dan tujuh lagi cedera, termasuk empat orang kanak-kanak pada petang hari Rabu (21/7) akibat serangan udara dan meriam yang dilancarkan oleh tentera Zionis secara serentak terhadap perkampungan Beit Hanoun (utara Genting Gaza).

Dr Muawiyah Hasanain, Pengarah Jabatan Bantuan dan Kecemasan Kementerian Kesihatan menegaskan dalam satu kenyataan kepada Pusat Media Palestin bahawa seorang rakyat Palestin, Muhammad Sabir Kafarnah, 23 dan Qasim Muhammad al-Shanbari, 19 telah syahid, manakala 7 orang lagi cedera termasuk 4 kanak-kanak, setelah jet Zionis melancarkan paling kurang satu peluru berpandu serentak dengan pengeboman oleh kereta kebal Zionis di timur Beit Hanoun yang terletak di utara Genting Gaza.

Beberapa sumber Kementerian Kesihatan di Hospital Beit Hanoun menyebutkan bahawa dua orang yang telah syahid dan beberapa yang tercedera dibawa ke hospital dan setelah pemeriksaan dilakukan, beberapa paku logam dikeluarkan dari tubuh mereka.