Rabu, 28/07/2010 – Beberapa orang tahanan penjara Israel memaklumkan bahawa makanan yang diberikan kepada mereka adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh seorang manusia kerana ianya diproses dengan teruk sekali, kotor, sangat sedikit dan tidak elok.
Pusat kajian ke atas tahanan-tahanan penjara menyatakan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini bahawa, “Halangan untuk mendapatkan yang dikenakan ke atas para tahanan penjara samada melalui pelawat-pelawat mereka ataupun membeli makanan di kantin, serta dana yang diperuntukkan untuk para tahanan penjara adalah tidak tetap, terutamanya yang berasal dari Semenanjung Gaza telah menyebabkan krisis makanan. Makanan untuk mereka adalah tidak mencukupi dan memberi kesan kepada kesihatan mereka.
Pengarah pusat tersebut, Rafaat Hamdouna berkata, “Pihak pengurusan penjara menetapkan undang-undang yang mana mereka mengawal peruntukan kewangan untuk setiap tahanan sebagai satu usaha mengenakan tekanan ke atas para tahanan. Para tahanan juga tidak dibenarkan masuk ke dalam dapur penjara bagi membolehkan mereka memasak dengan cara mereka sendiri.”
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa