Iktirafkan negara Israel

Khamis , 24/11/2005 – Datuk Bandar Yahudi di kawasan Jerusalem yang dijajah, Uri Lupolianski telah menyeru rakan sejawatannya di Berlin untuk mengalihkan kedutaan Jerman dari Tel Aviv ke kawasan yang dijajah di dalam Jerusalem di dalam usahanya mewujudkan apa yang dipanggil ?Bandar pusat Israel yang berkekalan?

Lupolianski berkata, sewaktu pertemuan dengan datuk Bandar Berlin, bahawa Jerman sepatutnya menjadi model untuk Negara lain untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ?ibu Negara Israel?

Hampir kesemua kedutaan asing di Negara Hebrew tersebut terletak di Tel Aviv. Resolusi 672 kounsil keselamatan PBB telah diluluskan pada 13 Oktober 1990 menyatakan bahawa kawasan timur Jerusalem adalah kawasan yang dijajah .

Israel telah merampas timur Jerusalem sejurus selepas mendudukinya pada tahun 1967 dan mengistiharkan ia sebagai kawasan tetap, dan ibu negeri Israel bertentangan dengan resolusi dan undang-undang antarabangsa.