Isnin , 02/08/2010 – Ketika terbit matahari, kira-kira 30 orang pendatang Yahudi yang dikawal dan dilindungi oleh tentera rejim Zionis (IOF) cuba untuk merampas sebuah rumah penduduk Palestin yang dimiliki oleh keluarga Qirsh yang terletak di Kota Lama Jerusalem.
Para saksi memberitahu bahawa pendatang-pendatang Yahudi yang di bawah perlindungan IOF itu cuba memecah masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh Mazen Kamal Qirsh. Penduduk yang tinggal di kejiranan itu segera membantu keluarga Qirsh melindungi rumah mereka dan berjaya menggagalkan percubaan pendatang-pendatang haram itu. Para saksi juga melaporkan bahawa hampir semua ahli keluarga Qirsh terus tinggal di dalam rumah itu dan enggan keluar ketika kejadian berlaku. Walaubagaimanapun, suasana tegang itu dapat mereka atasi.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa
2 replies on “Tentera rejim Zionis lindungi pendatang haram Yahudi yang menyerang rumah penduduk Palestin”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7107 // TAGS: zionis This entry was posted on Monday, August 2nd, 2010 at 6:36 pm and […]
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7107 TAGS: zionis This entry was posted on Monday, August 2nd, 2010 at 6:36 pm and is filed […]